What Is Islam?

ISLAM IN ARABIC MEANS "ENTERING GOD'S PEACE"//SUBMISSION AND OBEDIENCE TO ALLAH, HAVING SINCERE FAITH IN HIM, & LIVING LIFE AS WILLED BY ALLAH =)
Any good points found in this blog comes from Allah SWT, all praise to Him. Any mistakes/inaccurate information in this blog is purely due to myself. Hence, please correct and forgive me.

Sunday, September 26, 2010

The Second Pillar~


Salam Alaik to all,

Today's post will be in Malay. If anyone is interested to know more, please shoot away with questions. InsyaAllah, I will try my best to answer or refer you to someone else with more knowledge. =) Please do read as it's worth your time and it is indeed a very good piece of writing that helps many people to be more aware of what they are doing and the purposes of performing solat.

Note: This post is taken off my friend's blog; so credits to dilaMAYA =)



Bismillah.
Dalam surah Al-Ankabut, ayat 45; Allah berfirman:
"Dirikan lah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
Astagfirullah...Astagfirullah...Astagfirullah..
Solat -> cegah perkara-perkara keji & mungkar!
Tapi, andai saya/anda/siapa-siapa sahaja solat cukup 5 waktu, tapi masih melakukan perkara-perkara keji dan mungkar dalam sedar atau tidak (nauzbillah!), how?
Muhasabah diri balik.
Check solat.
Adakah solat itu sekadar 'rutin' fizikal (nazubillah!! astagfirullah)
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk" Al-Baqarah : 45
Indahnya andai dapat mencapai kekusyukkan solat seperti Saidina Ali r.a, panah di kaki beliau dapat dicabutkan tanpa rasa sakit ketika beliau menunaikan solat sunat. 
Indahnya!
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."

( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )
Di sini saya nak tampal maksud bacaan-bacaan di dalam solat dalam Bahasa Melayu. Untuk rujukan sendiri dan perkongsian. 
-------------------------
 Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu



Wallahualam


Salam,
Liana

No comments: