Bismillah.
YaAllah, mengapa tiba2 datang rasa sebegini?
Hatiku berdegup2 dan tidak tenang langsun, malah serabut amat.
Adakah ana telah bersalah terhadap seseorang insanMu yaAllah?
Telahkan hamba menyakiti insanMu yang lain tanpa kusedari?
Telahkah hamba mempergunakan insanMu yaAllah?
Maka hamba amat menyesali segala perbuatan hamba
Maka hamba memohon maaf drpd insanMu yaAllah
Maka hamba ingin mengubah cara2 hamba bersahabat bersama insanMu yaAllah
Dan yang penting sekali, hamba dengan tulus hati meminta ampun dariMu yaAllah,
atas perbuatan diri hamba yang tidak betul.
ASTAGHFIRULLA AL ADZIM.
Moga Allah mengampuni segala dosa hamba.
Atau mungkin juga insanMu itu telah menyalahfahami diri ini,
dan jika begitulah halnya, maka bantulah hamba yaAllah,
supaya Kamu bantu insanMu itu untuk melihat dari sudut pandangan yang lain,
kerana sudah pasti,
hamba tiada pernah berniat mengambil kesempatan
atau mempergunakannya,
atau mana2 insanMu yang lain.
Kerana diri ini ada prinsipnya,
bahawasanya tiada akan kulayani cara yang tidak ingin ku dilayani
dan prinsip ini telah lama sebati dan mengiringi diri hambaMu ini,
tiada pernah hilang atau ke mana lagi, inshaALLAH.
Terangilah hati kedua2 hambaMu semula yaAllah.
"O' My Lord, open for me my chest,
and make my task easy for me,
and loosen the knot from my tongue,
that they may understand my speech."
(Ta-ha, 20:25-28)
WAllahua'lam bis sawab
Liana
No comments:
Post a Comment