Bismillahirrahmanirrahim - in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Salam alaik and greetings to all,
Before anything else, I'm going to remind us all to not forget to always be grateful~! Grateful to God and give thanks to Him in your prayers and as a matter of fact, even outside prayers~! Just be sure to make this a habit of yours, thank Him on a daily basis, and He will remember you too~! Allah's so sweet right? His conditions are simple, it's just that many of us take things for granted. One musn't forget that all ni'mat comes from Him and it belongs to Him~! Ok, dah cukup peringatan buat hari ini. Jom, kita start topik nombor 2~ =D
2. Keadaan & Waktu Disunatkan Membaca Istighfar
- first of all, istighfar ni sebenarnya tidak ada masa2 yang betul, ia boleh dilakukan pada setiap masa. Ia adalah ibadah sunat yang dibaca mukmin bila2 masa sahaja. Cuma, ada masa/waktu/keadaan tertentu di mana ucapan istighfar ini mempunyai lebih nilai. Contohnya:
- selesai sahaja menunaikan solat -
Kami disunatkan membaca istighfar selesai solat kerna ada kemungkinan kita tlh melakukan kesalahan ataupun ada kekurangan dlm ibadah yang kita laksanakan.
(2:199) - Then pass on at a quick pace from place whence it is usual for the multitude to do so, and ask for Allah's forgiveness for Allah is Most Forgiving, Most Merciful.
#Nabi Muhammad(pbuh) selesai shj mengucap salam dlm pelaksanaan solat fardhunya membaca istighfar sebyk 3 kali kerana kemungkinan adanya kesalahan/kekurangan yang mengurangkan nilai solatnya akibat lupa/lalai/kealpaan diri.#
- Waktu pagi buta (2/3 malam) -
Dikenali sbg waktu sahur. Kita patut beristighfar di waktu ini kerana waktu ini mempunyai keutamaan luar biasa iaitu doa yang dipanjatkandi waktu itu akan dikabulkan, apa yang diminta akan diberi Allah SWT & Allah akan menerima permohonan keampunan orang yang meminta ampun.
#Abu Huraira meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan kita setiap malam turun ke langit apabila tinggal 1/3 malam." Allah SWT berfirman, "Orang yg berdoa kepadaKu, maka Aku akan mengabulkan org yg meminta kepadaKu, maka Aku akan memberi orang yg meminta ampun padaKu, maka Aku akan mengampuninya." (HR. Bukhari & Muslim)#
- Di Perkuburan -
Setelah menguburkan mayat, Nabi Muhammad(pbuh) berdiri sambil berkata, "Beristighfarlah untuk saudara kamu dan berdoalah agar dia dikuatkan sebab skrg ini dia sedang ditanya." (HR. Abu Daud)
- Istighfar para malaikat -
Malaikat merupakan makhluk yang dicipta daripada Nur (cahaya). Mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan tanpa mengenal erti letih/penat~!!
Keadaan di mana para malaikat membaca istighfar untuk seseorang adalah ketika org itu berada di tempat solatnya/masjid yang sdg menunggu untuk melakukan solat. Waktu ini dikenali sbg "waktu penantian" dan merupakan saat2 yang mulia~!! Hamba mendapat pahala/anugerah berdekatan Allah & mendapat istighfar & doa dari para malaikat~!!
#Abu Hurairah meriwayatkan bhw Rasulullah s.a.w. bersabda: "Para malaikat sentiasa berselawat kepada seseorang di antara kamu selama dia masih berada di tempat solatnya iaitu tempatnya menunaikan. Para malaikat terus berdoa, 'yaAllah berilah keselamatan kepadanya. YaAllah, berilah rahmat kepadanya. YaAllah, berilah keampunan kepadanya.' Selama orang itu tidak berhadas/keluar dari masjid/tempat solatnya." (Muttafaq 'Alaih)#
- Di penutup majlis -
Istighfar dilakukan ketika seseorang daripada tempat duduknya berdiri hendak meninggalkan tempat itu terutama sekali ketika dia bersama kawan2 atau dalam sekumpulan/selesai melaksanakan pekerjaannya. Inilah kesempatan besar yang semestinya tiddak disia-siakan begitu sahaja oleh seorg Muslim.
WAllahua'lam
Liana
1 comment:
MashaAllah Liana... Jazakallah khairan kathira sharing about this. suka cara liana buat summarize =) Semoga Allah reward segala usaha yang ukhti lakukan.
sayang ukhti fillah jiddan !! <3
Post a Comment