Bismillahirrahmanirrahim - in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang mulia lagi dikasihi,
Moga semua dalam keadaan sihat wal afiat dan janganlah lupa untuk sentiasa mengingatiNya.
Hari ini, ana ingin berkongsi sedikit ilmu dengan semua. Beberapa hari yang lalu, ana baru habis baca buku berjudul "Hikmah Terapi Istighfar" dan sepanjang membacanya, ana ada ambil nota-nota untuk dikongsi bersama ikhwah wa akhawat. Tapi, banyak juga yang ingin dibicarakan jadi ana bahagikan kepada 3 post, each post will address its own topic. Basically, it's going to be sort of a "series of learning and exploration with Liana" cos I know majority don't have the time to read long posts, hence the division~! Haha~!
- Lafaz & Bentuk Bacaan Istighfar
- Keadaan & Waktu Disunatkan Membaca Istighfar
- Faedah-faedah Istighfar
Okay, hari ini kita bincang topik nombor 1-->
Seseorang Muslim hendaklah membaca lafaz istighfar sebanyak2nya dengan niat mengikut Nabi Muhammad (pbuh). Antara lafaz yang dimaksudkan:
-"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau zat Yang Maha Menerima taubat & Maha Penyayang." (HR. Bukhari)
-"Aku memohon keampunan kepada Allah SWT & bertaubat kepadaNya." (Muttafaq 'Alaih)
-"YaAllah, Engkaulah Tuhanku tiada selain Engkau yang thelah menciptakan aku. Aku adalah hambaMu dan aku berada di atas sumpahku dan janjiku padaMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang aku lakukan. Aku mengakui atas ni'mat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa yang kulakukan. Maka maafkanlah aku yaAllah. Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa selain Engkau." (HR. Muslim - yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad(pbuh))
These are some examples and there are still many alternatives however, keep one thing in mind:
Mengikut sunnah Nabi sentiasa paling diutamakan antara semua yang ada. Jadi, ana sarankan supaya amalkan bentuk bacaan doa yang terakhir yang ana tulis di atas. Doa tersebut juga luas dikenali sebagai "SAYYIDUL ISTIGHFAR". Ia diberi nama tersebut oleh Nabi Muhammad(pbuh) kerana kandungan bacaan doa istighfar ini mempunyai makna2 yang Agung.
"Barangsiapa yang membacanya pada permulaan siang hari dengan penuh keyakinan, dan dia meniggal pada siang itu sebelum masuk waktu petang(maghrib), maka dia termasuk ahli2 Syurga. Orang yang membacanya pada permulaan malam hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada malam itu sebelum masuk waktu subuh, maka dia termasuk ahli Jannah." (HR. Bukhari)
Alright, sampai di sini sahaja pelajaran kita buat hari ini dalam berdiskusi topik Istighfar ini~~
Have a great day~!! =)
WAllahua'lam bis sawab
Liana~
5 comments:
assalamualaikum liana :P
sy nk share 1 cerita, pasal ni (liana sure dah pernah dengar kot, tp nk cerita jugak ^^)
Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.
Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.
Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.
Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.
Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.
Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.
“Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.
Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?”
Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” Beliau terdiam seketika lalu menyambung: “Kecuali satu doa...”
“Apakah doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.
Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
SUBHANALLAH...
:)
waalaikumsalam warahmatullah ukhti qilaraf,
mashaAllah ! best sgt cerita ini! subhanAllah! mmg Dia Maha Kuasa atas segala2nya.. =)
jazakillahukhayran kongsi cerita ini. ana x pernah dgr. sob.. ana kan dah ckp kat enti, ana ni, mmg ilmu sgt cetek. sbb tu ana cemburu sgt ngan yang dilahirkan Muslim sbb mereka dpt belajar dr kecil lagi.
so, from now on, jgn assume yg ana tau benda2, just share terus ngan ana ok? ana sgt2 hargai dan bila ana pelajari sesuatu, pahala juga buat enti.. ^_^ win win situation kan? see how wonderful ISLAM is? =D I AM IN <3 ! ^_^
salam wahasytuni wa uhibbuki fillah
waiyaki liana :)
huhu, sebenarnye, sy pun baru tau kisah ni few weeks ago... kan sy da kata, sy pun baru btol2 nk blaja balik ^^
walau selama mana pun yg da blaja dari kecil, mana mungkin dapat tau segala2 ilmu Allah tu.. walau dah phD pun, belum tentu kita tau semua perkara, subhanallah!
'wahasytuni' tu apa maksudnye?
wallahua'lam
salam alaiki ukhti qilaraf,
mmg benar kata2 enti. macam mana byk pun kita pelajari, takkan possible uk tau semua. tp Allah xdelah ckp kita perlu tahu semua benda pun. hehe..
wahasytuni jiddam = rindu byk/sangat2
^_^
Wallahua'lam
asif ada typo2 berikut:
**utk
**jiddan
Post a Comment